Kunjungan Hormat LPHP Ke Jabatan Perumahan Negara (JPN)

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perumahan Negara (JPN) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasa agenda pembangunan perumahan.

Kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi ke arah pelaksanaan inisiatif perumahan yang lebih berkesan, selaras dengan aspirasi menyediakan kediaman yang berkualiti dan mampu dimiliki oleh rakyat.
Semoga hubungan erat yang terjalin ini terus diperkasakan demi manfaat rakyat dan pembangunan sektor perumahan yang mampan di Negeri Pahang.