Program Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran Rumah Mesra Rakyat Kampung Chengal Lempong, Mukim Sungai Karang, Kuantan dan Program Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 4.0 Tahun 2026 Indera Mahkota, Pahang

Telah berlangsung Program Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran Rumah Mesra Rakyat bertempat di Kampung Chengal Lempong, Mukim Sungai Karang, Kuantan yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, turut hadir ke program ini sebagai sokongan terhadap pelaksanaan inisiatif perumahan rakyat yang bertujuan membantu golongan yang layak memiliki kediaman sendiri.

Sementara itu, Program Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 4.0 Tahun 2026 telah berlangsung di Indera Mahkota, Pahang dengan kehadiran wakil LPHP, selaras dengan usaha berterusan untuk mendekati rakyat serta menyampaikan inisiatif kebajikan dan perumahan secara menyeluruh.

Kedua-dua program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan agenda perumahan rakyat terus dilaksanakan secara inklusif dan berfokus kepada kesejahteraan masyarakat.
LPHP akan terus menyokong pelaksanaan dasar dan inisiatif perumahan selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Pahang demi manfaat rakyat secara berterusan.