Perbincangan Berkaitan Skim Tanah Warisan (STW) Kuala Medang, Daerah Lipis

Satu sesi taklimat dan perbincangan berkaitan Skim Tanah Warisan (STW) Kuala Medang telah diadakan bersama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan para peserta yang terlibat.

Sesi ini bertujuan memberi penjelasan dan penerangan semula mengenai prosedur STW serta pelaksanaan sesi pemilihan lot bagi peserta yang telah menjelaskan bayaran premium tanah. Selain itu, peserta skim hendaklah membina rumah dalam tempoh 5 tahun dari tarikh mendapat hakmilik.
Seramai 250 peserta di Daerah Lipis telah ditawarkan di bawah skim ini dan daripada jumlah tersebut, 52 peserta telah membuat pembayaran penuh dan sebanyak 16 rumah telah berjaya dibina di atas tapak STW.

Tawaran boleh ditarik jika gagal membuat bayaran premium tanah. Walau bagaimanapun, pihak LPHP masih memberi peluang kepada baki peserta yang masih berminat dengan Skim Tanah Warisan untuk membuat bayaran premium tanah.
LPHP komited memastikan pelaksanaan STW berjalan lancar serta memberi manfaat kepada rakyat Pahang, khususnya golongan yang layak untuk memiliki tanah kediaman dengan kemudahan infrastruktur.