Sesi Penyerahan Kunci RRP Fasa 5 Daerah Pekan Bagi Dewan Negeri Pulau Manis - RRP Kg. Jaya Gading

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff meraikan lapan penerima pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 Daerah Pekan bagi Dewan Negeri (DN) Pulau Manis yang diadakan di Kampung Jaya Gading, Kuantan.

Turut hadir ialah YH. Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).
Pada majlis itu, kesemua penerima telah menerima RRP yang berjumlah keseluruhan RM640,000 bagi seluruh Daerah Pekan.

Rumah Rakyat Pahang (RRP) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu golongan yang layak di kalangan penerima sumbangan e-Kasih.
Selain menerima RRP bernilai RM80,000, setiap penerima turut diberikan bantuan kelengkapan asas rumah berjumlah RM2,000.