Perbincangan Berkaitan Pinjaman Peserta Rumah Pahang Sungai Retang, Jerantut Bersama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

  • Diterbitkan pada 11/02/2026
  • 05 klik

Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad bagi membincangkan isu pembiayaan pinjaman untuk peserta Rumah Pahang Sungai Retang, Jerantut.

Projek Rumah Pahang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu generasi baharu FELDA memiliki kediaman mampu milik pada harga serendah RM120,000 seunit.

LPHP berharap kerjasama strategik ini dapat membuka ruang kepada pendekatan pembiayaan yang lebih inklusif dan fleksibel agar lebih ramai peserta yang layak berpeluang memiliki rumah pertama mereka.

 

LPHP komited memperkukuh akses pembiayaan perumahan demi kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my