Perbincangan Berkaitan Perumahan di Negeri Pahang Bersama Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP)

  • Diterbitkan pada 09/02/2026
  • 57 klik

Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan perumahan di Negeri Pahang bersama Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP) sebagai usaha memperkukuh akses pembiayaan perumahan kepada rakyat.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, dan turut dihadiri oleh Encik Ardy Rizal Zubairi, Penolong Pengurus Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad.

Perbincangan ini memberi fokus kepada peluang kerjasama strategik serta inisiatif yang dapat membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki kediaman sendiri dengan lebih mudah dan terjamin.

LPHP komited untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memperkukuh ekosistem perumahan di Negeri Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my