Kursus Imej Keterampilan Profesional Kakitangan LPHP

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah menganjurkan Kursus Imej Keterampilan Profesional yang melibatkan penyertaan semua kakitangan LPHP. Kursus ini merupakan inisiatif Jabatan Sumber Manusia LPHP dengan sokongan pengurusan LPHP.
Kursus ini bertujuan untuk memantapkan penampilan, imej dan etika profesional kakitangan ketika berurusan di pejabat, menghadiri mesyuarat serta majlis rasmi dan tidak rasmi.

Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta profesionalisme kakitangan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.

LPHP merakamkan penghargaan atas kehadiran dan penglibatan semua kakitangan dalam menjayakan kursus ini demi mencapai objektif penganjuran serta memberi manfaat bersama.