Kunjungan Hormat LPHP Ke Pejabat Naib Canselor UNIPSAS

  • Diterbitkan pada 09/02/2026
  • 63 klik

Satu kunjungan hormat telah berlangsung di Pejabat Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) melibatkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).

LPHP diketuai oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, dan telah bertemu dengan YH Prof. Dato’ Dr. Hj. Zwavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UNIPSAS.

 

Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama serta bertukar pandangan mengenai potensi kolaborasi strategik antara LPHP dan UNIPSAS, khususnya dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti di Negeri Pahang.

LPHP menghargai ruang pertemuan ini dan berharap hubungan baik antara kedua-dua pihak dapat terus diperkukuhkan pada masa hadapan.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my