Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Pahang

  • Diterbitkan pada 27/01/2026
  • 50 klik

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, telah diadakan sebagai platform penting bagi memperkukuh kesepaduan, kefahaman serta iltizam seluruh penjawat awam Negeri Pahang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri.

Melalui perhimpunan ini, YAB Menteri Besar telah menyampaikan amanat serta hala tuju kepimpinan negeri yang menekankan aspek tadbir urus yang baik, pengukuhan integriti, peningkatan profesionalisme dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

 

Penjawat awam diseru agar terus mengekalkan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti serta berorientasikan hasil bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Turut hadir ialah YH Dato’ Ahmad Islanizam bin A Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) bersama barisan kepimpinan jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Majlis ini turut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa perkhidmatan awam sebagai jentera utama pembangunan negeri, selaras dengan aspirasi untuk memacu kemajuan yang mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan Negeri Pahang Darul Makmur terus bergerak maju, sejahtera dan berdaya saing.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my