Mesyuarat Anggota Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang

  • Diterbitkan pada 27/01/2026
  • 49 klik

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Anggota Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang Bil. 01/2026 yang berlangsung di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini merupakan platform penting dalam merangka hala tuju strategik Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) untuk tahun semasa. Antara tumpuan utama ialah perbincangan mengenai penambahbaikan perkhidmatan dan pengurusan LPHP demi memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Fokus turut diberikan kepada usaha memperluas akses pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Pahang melalui pelbagai skim perumahan mampu milik yang ditawarkan, selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi agenda utama.

Pada mesyuarat sama turut diadakan pelantikan baru Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, YH. Dato’ Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my