Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dan Cabutan Undi Lot Projek Rumah Pahang Jengka 11

  • Diterbitkan pada 25/01/2026
  • 50 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Cabutan Undi Lot Projek Rumah Pahang Jengka 11 bertempat di Dewan Semai Bakti (Melati), FELDA Jengka 11, Mukim Chenor, Daerah Maran.

Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran YH Dato’ Sri Dr Ismail bin Mohamed Said, Penyelaras Dewan Negeri Jengka serta turut dihadiri YBhg Puan Norzana binti Mohamed Noordin, Pengurus Undang-Undang LPHP dan YBhg Encik Shahrizal bin Basiran, Pengurus FELDA Jengka.

 

Majlis ini menandakan satu lagi langkah penting Kerajaan Negeri Pahang dalam merealisasikan hasrat menyediakan kediaman mampu milik khusus untuk generasi baharu FELDA, sekali gus membuka lembaran baharu pemilikan rumah kepada para penerima yang terpilih.

Projek Rumah Pahang Jengka 11 melibatkan 180 unit rumah teres setingkat dengan harga serendah RM120,000 seunit, dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air, yang dibangunkan secara berfasa bagi memastikan keselesaan dan kualiti hidup pemilik.

 

LPHP akan terus memastikan pelaksanaan projek Rumah Pahang dilaksanakan secara teratur, berintegriti dan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan demi kesejahteraan rakyat Pahang.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima surat tawaran. Semoga kediaman ini menjadi asas kepada kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna buat pemilik sekeluarga.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my