Townhall Komuniti Pelancongan Cherating

  • Diterbitkan pada 24/01/2026
  • 52 klik

Townhall Komuniti Pelancongan Cherating anjuran Majlis Bandaraya Kuantan telah diadakan di Residence Inn Cherating melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, jabatan teknikal serta pihak berkepentingan di peringkat negeri dan daerah.

Townhall ini berperanan sebagai platform perbincangan terbuka bagi menyelaras pandangan, cadangan serta isu-isu berkaitan pembangunan komuniti dan kawasan setempat, khususnya dalam menyokong pertumbuhan sektor ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Sesi townhall ini telah dikendalikan oleh YH Dato’ Suhaimi bin Sulong, Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, selaku moderator.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) turut hadir bersama agensi-agensi lain sebagai tanda sokongan terhadap pendekatan kerjasama antara jabatan serta pengukuhan jaringan strategik demi pembangunan Negeri Pahang yang lebih mampan dan bersepadu.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my