Kunjungan Hormat LPHP ke Kementerian Kewangan Malaysia

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Kewangan Malaysia sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta meningkatkan kerjasama antara agensi.

Kunjungan daripada LPHP yang diketuai YH Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP bersama pegawai-pegawai telah disambut oleh Puan Sharifah Wahaida Lailatul Binti Syed Hassan Sagaff, Timbalan Setiausaha Bahagian bersama barisan pegawai Kementerian Kewangan Malaysia.

Sesi pertemuan ini menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan berkaitan inisiatif serta perancangan pembangunan perumahan dan hartanah, khususnya dalam menyokong agenda pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Diharapkan kunjungan hormat ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama sedia ada serta membuka ruang kepada kolaborasi yang lebih berkesan antara LPHP dan Kementerian Kewangan Malaysia pada masa hadapan.