KDPM Tengku Mahkota Pahang Berkenan Berangkat Bercemar Duli Mengurniakan Kunci Ru'RASA

  • Diterbitkan pada 13/01/2026
  • 133 klik

Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli mengurniakan kunci rumah Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) Fasa 2 bagi Daerah Temerloh dan Maran di Kampung Sementeh, Lanchang, Temerloh.

Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang; YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang; Tuan Yang Terutama Dr. Mubarak Saeed Aldhaheri, Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia; Encik Idris Osman Ahmed, Pegawai Kanan Komunikasi dan Diplomasi Awam; YH Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP); ketua-ketua jabatan serta pemimpin setempat.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui penyediaan kediaman yang selesa, selamat dan berkualiti.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my