Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 Bagi Dewan Negeri Bebar, Pekan

  • Diterbitkan pada 12/01/2026
  • 132 klik

Sesi Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 bagi Daerah Pekan untuk Dewan Negeri Bebar telah berlangsung di RRP Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, pagi tadi.

 

Majlis telah disempurnkana oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Hadir sama ialah YH. Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.

 

Penyerahan kunci rumah ini menandakan detik bermakna buat para penerima apabila impian untuk memiliki kediaman sendiri direalisasikan melalui inisiatif perumahan Kerajaan Negeri Pahang.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri melalui LPHP dalam menyediakan kediaman yang selesa dan sejahtera kepada golongan yang memerlukan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini.

 

Kerajaan Negeri Pahang akan terus memperkukuh agenda perumahan rakyat agar manfaatnya dapat dinikmati secara inklusif dan mampan demi kesejahteraan komuniti setempat.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my