Majlis Penyerahan Pemilikan PR1MA Pahang Batu 6, Lepar (Fasa 1 & 2) dan Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Kampung Hijrah, Penor (Fasa 3), Daerah Kuantan

Majlis Penyerahan Pemilikan PR1MA Pahang Batu 6, Lepar (Fasa 1 & 2) serta Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Kampung Hijrah, Penor (Fasa 3) telah berlangsung dengan jayanya di Daerah Kuantan.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Turut hadir sama ialah YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang serta YH. Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, di samping ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.

Majlis penyerahan ini merupakan detik bermakna buat para penerima apabila impian untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya direalisasikan melalui inisiatif perumahan Kerajaan Negeri Pahang.
Pelaksanaan program ini melambangkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang melalui LPHP dalam merancang serta menyediakan pembangunan perumahan rakyat yang mampan dan berdaya huni.

Kerajaan Negeri Pahang akan terus memperkukuh dasar dan agenda perumahan rakyat bagi memastikan akses kepada kediaman berkualiti dapat dinikmati secara inklusif demi kesejahteraan rakyat negeri ini.