Hari Majlis Daerah Cameron Highlands Bersama Pelanggan (HMBP) Kali Pertama Tahun 2026

  • Diterbitkan pada 30/01/2026
  • 48 klik

Hari Majlis Daerah Cameron Highlands Bersama Pelanggan (HMBP) Kali Pertama Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata, dengan penyertaan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Program ini bertujuan menyediakan platform interaksi secara langsung antara pihak Majlis Daerah Cameron Highlands dan pelanggan, khususnya bagi mendapatkan maklum balas, menjelaskan isu perkhidmatan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

 

Antara pengisian utama program ialah Sesi Town Hall, yang memberi ruang kepada sesi soal jawab dan perbincangan terbuka bersama wakil pentadbiran Majlis Daerah Cameron Highlands.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) turut hadir menjayakan program ini menerusi penyertaan reruai pameran, selaras dengan usaha berterusan untuk mendekati rakyat serta menyampaikan maklumat berkaitan skim dan inisiatif perumahan di bawah Kerajaan Negeri Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my