Program Sentuhan Rakyat Makmur 2026 Peringkat Daerah Maran

  • Diterbitkan pada 30/01/2026
  • 50 klik

Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) 2026 Peringkat Daerah Maran telah berlangsung dengan jayanya hari ini dengan penglibatan Dato’ Sri Nazri Abu Bakar, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, bersama barisan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri.

 

Program dimulakan dengan acara Flag-Off sebelum diteruskan dengan beberapa pengisian utama termasuk aktiviti turun padang, Sesi Ziarah Kasih serta Sesi Town Hall Bersama Penduduk Setempat sebagai platform interaksi dua hala antara rakyat dan agensi kerajaan.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) turut hadir menjayakan program ini, selaras dengan komitmen berterusan dalam menyokong inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

Dalam pengisian ziarah kasih, YH Dato’ SR. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP bersama barisan pegawai LPHP telah menziarahi beberapa buah rumah warga emas dan pesakit kronik serta menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat.

 

Penyertaan LPHP dalam PSRM ini turut membuka ruang untuk interaksi secara langsung bersama rakyat, di samping memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta usaha berterusan ke arah kesejahteraan masyarakat di Daerah Maran.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my