Kunjungan Hormat Felda Wilayah Jengka Ke LPHP

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah menerima kunjungan hormat daripada Pejabat Wilayah FELDA Jengka yang diketuai oleh Encik Mohd Nur Fikri Zulkifli, Timbalan Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Jengka.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik serta membincangkan potensi sinergi antara kedua-dua pihak khususnya dalam aspek Rumah Pahang dan kesejahteraan komuniti peneroka di Wilayah Jengka.
LPHP amat menghargai kunjungan ini dan berharap hubungan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkasa demi manfaat rakyat Negeri Pahang.