Lawatan YAB Menteri Besar Pahang Ke Tapak Program Residensi Rakyat (PRR) Lanchang

YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, telah mengadakan lawatan ke Tapak Program Residensi Rakyat (PRR) Lanchang, Temerloh sempena Jelajah Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh.
Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan pelaksanaan projek perumahan bagi memastikan ia berjalan lancar selaras dengan perancangan yang telah ditetapkan, demi menyediakan kediaman yang selesa, selamat dan berkualiti kepada rakyat.

Kerajaan Negeri Pahang terus komited memastikan setiap perancangan pembangunan perumahan dilaksanakan dengan berkesan sekali gus meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk setempat.