Mesyuarat Berkaitan Cadangan Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada MBSB Bagi PAKR Negeri Pahang

Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan cadangan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Malaysian Building Society Berhad (MBSB) melibatkan Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Negeri Pahang yang dicadangkan untuk dinovasikan kepada Kerajaan Negeri.
Perbincangan turut memfokuskan kepada bayaran balik pinjaman Kerajaan Persekutuan oleh MBSB bagi projek PAKR Indera Mahkota, PAKR Kubang Buaya dan PAKR Taman Sri Kemuning.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YH Dato Ahmad Islanizam Bin A.Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP dan telah dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Malaysian Building Society Berhad (MBSB), Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Bahagian Perancang Ekonomi serta Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang.