Malam Cinta Palestin Bersama-Sama Tok Wan Sempena Program Karnival Aspirasi Pahang 1st Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2025

  • Diterbitkan pada 13/12/2025
  • 82 klik

YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang turut diiringi barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan bersama Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.

 

Program ini menunjukkan sokongan dan solidariti berterusan terhadap perjuangan kemanusiaan umat Islam di Palestin.

Selain acara perasmian, program ini turut diisi dengan acara penyerahan kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada 11 penerima termasuk lapan Orang Asli, sebagai simbol komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kediaman selesa dan harmoni kepada rakyat.

 

Selain itu turut diadakan sesi “Bicara Palestin Di Hati” oleh Finaz Yunus, penyerahan cek cura, penyerahan geran kepada STR Tanjong Kerayong dan STR Sungai Buloh dan pelancaran produk usahawan tempatan.

Program Karnival Aspirasi Pahang Peringkat Daerah Temerloh 2025 akan berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat.

 

Moh semua gegorkan reruai LPHP!

 

Mohon rumah anda hari ini!

 

Dapatkan maklumat mengenai Skim Perumahan Negeri Pahang yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.

 

Jumpa anda disana!!!

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my