Majlis Penyampaian Anugerah Pahang 1st di Dewan Jubli Perak, Kuantan

Kerajaan Negeri Pahang mengiktiraf kecemerlangan tadbir urus dalam membangunkan negeri menerusi Majlis Anugerah Pahang 1st 2025 khusus kepada Jabatan Negeri, Agensi dan Badan Berkanun yang menunjukkan prestasi cemerlang serta menyumbang kepada pembangunan negeri.
Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, penghargaan ini menjadi pemangkin untuk menyemarakkan motivasi para penjawat awam dalam meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan demi kejayaan dan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang.

Majlis telah dihadiri Dato' Sri Mohd Sharkar bin Shamsuddin, YB Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato' Sri Nazri bin Abu Bakar, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato' Indera Haji Fadzilla bin Haji Salleh, YB Penasihat Kewangan Negeri Pahang dan Ketua-ketua Jabatan.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, YH Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim sebagai tanda sokongan terhadap pengiktirafan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pahang.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Pahang 1st! Terus melangkah maju, menjadikan Pahang sentiasa yang terbaik.