Program Kembara Ilmu: Kerja Muafakat, Organisasi Berkat

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) mengadakan Program Kembara Ilmu bertajuk “Kerja Muafakat, Organisasi Berkat” yang disampaikan oleh YH. Dato’ Ustaz Sharhan Safie.

Kehadiran YH. Dato’ Ustaz Sharhan disambut oleh YH. Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP bersama Ustaz Mohd Nasrul Hakim bin Mat Daud, Pengurus MUIP Cawangan Daerah Pekan.
Seluruh warga kerja LPHP menghadiri sesi Kembara Ilmu ini bagi memperkukuh semangat kebersamaan, menyemai budaya kerja positif serta meningkatkan keberkatan dalam organisasi.