Sesi Taklimat Pematuhan, Keperluan dan Tanggungjawab Pendaftaran Personel Binaan (Kad Hijau)

Telah berlangsung sesi taklimat Pematuhan, Keperluan dan Tanggungjawab Pendaftaran Personel Binaan (Kad Hijau) yang diadakan di Bilik Lounge, LPHP.
Sesi ini disampaikan oleh Encik Ahmad Faizal bin Mohd Zain, wakil daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Taklimat ini memberi pemahaman menyeluruh mengenai tanggungjawab, keperluan pendaftaran dan pematuhan standard keselamatan bagi personel binaan, sejajar dengan komitmen LPHP memastikan pembangunan perumahan lancar, selamat dan berkualiti untuk rakyat.
