Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang, Daerah Rompin

Alhamdulillah, satu lagi detik bermakna buat warga Rompin! Tiga penduduk telah menerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi Daerah Rompin.
Kunci rumah RRP telah disampaikan oleh YB. Dato' Ir. Razali bin Kasim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah.

Program RRP ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap keluarga dapat memiliki tempat tinggal yang selesa dan selamat.
Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga penerima!