Hari Integriti & Hari Antirasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang

Majlis Sambutan Hari Integriti & Hari Antirasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung di Swiss-Belhotel Kuantan, pagi tadi.
Majlis ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai jabatan dan agensi negeri dalam komitmen bersama memperkukuh tadbir urus, mempertingkat ketelusan, serta memupuk nilai integriti dalam perkhidmatan awam.

Turut hadir, YH. Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, yang menyokong penuh usaha memerangi rasuah serta memperkasakan budaya kerja berintegriti di sektor perumahan dan pembangunan Negeri Pahang.
Dengan penglibatan para pemimpin agensi serta wakil-wakil jabatan kerajaan, majlis ini terus menjadi platform penting dalam menyatukan aspirasi dan komitmen seluruh warga pentadbiran negeri ke arah perkhidmatan yang lebih telus, efisien dan berintegriti.