LPHP Teruskan Pemantauan Isu Banjir Kilat Di PR1MA Sungai Karang

  • Diterbitkan pada 28/11/2025
  • 157 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) meneruskan pemantauan di PR1MA Pahang Sungai Karang, Kuantan susulan kejadian banjir kilat yang berlaku semalam.
 

Hasil semakan di lokasi mendapati banjir kilat yang berlaku berpunca daripada sistem saliran sedia ada yang tidak lagi berupaya menampung aliran air hujan yang lebat dan berterusan berikutan pembangunan pesat di kawasan sekeliling. Perubahan corak aliran air semula jadi serta penyambungan saliran yang tidak bersepadu antara projek berhampiran turut menyumbang kepada limpahan air ke kawasan perumahan.

Tinjauan hari ini turut melibatkan perbincangan YH. Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP bersama Encik Affendi bin Abdul Rahman, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang bagi memastikan kemudahan utiliti tidak terjejas serta menyelaras tindakan bersama agensi teknikal lain.
 

Faktor cuaca semasa yang dipengaruhi oleh Ribut Tropika Senyar turut menyumbang kepada peningkatan kadar hujan luar jangka, menyebabkan aliran air meningkat mendadak di beberapa kawasan rendah sekitar Kuantan.
 

Kerajaan Negeri Pahang akan terus memantau pelaksanaan kerja-kerja pembaikan di PR1MA Pahang Sungai Karang bagi memastikan kejadian bencana seumpama ini tidak berulang demi kesejahteraan penduduk.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my