Kerajaan Pahang Prihatin, Perkukuh Tindakan Atasi Banjir Kilat Di PR1MA Sungai Karang

  • Diterbitkan pada 27/11/2025
  • 101 klik

Kerajaan Negeri Pahang prihatin terhadap kesulitan penduduk Taman PR1MA Pahang Sungai Karang susulan banjir kilat yang berlaku, petang tadi.
 

YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, turun meninjau sendiri keadaan di lokasi.
 

Hasil tinjauan mendapati punca utama banjir adalah ketiadaan saliran pelepasan utama (main discharge) yang sempurna.

Susulan itu, Kerajaan Negeri akan meneliti langkah mitigasi jangka panjang, termasuk sistem saliran terancang, penyelenggaraan kolam tadahan serta pematuhan standard Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pembangunan baharu, demi mengurangkan risiko banjir kilat pada masa hadapan.
 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, YH. Dato’ Ahmad Islanizam A. Halim.
 

Kerajaan berharap usaha ini akan dapat memastikan penyelesaian menyeluruh dan akan terus memantau situasi ini demi kesejahteraan penduduk.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my