Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 Daerah Bentong

Seramai tiga penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 di Daerah Bentong menerima kunci rumah masing-masing pada majlis penuh bermakna ini. Penyerahan kunci disampaikan oleh ADUN Ketari, YB Tuan Su Keong Siong, sambil disaksikan keluarga penerima yang gembira dan terharu menerima kediaman impian mereka.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai Daerah Bentong, YH. Dato’ Mohammad Shahid bin Ismail, Ketua-ketua jabatan serta pemimpin setempat. Program RRP merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk menyediakan kediaman selesa, mampu milik dan berdaya huni, khususnya kepada rakyat yang memerlukan.
Majlis ini sekali lagi menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan setiap lapisan masyarakat berpeluang memiliki rumah sendiri, seterusnya meningkatkan kualiti hidup serta kesejahteraan keluarga di seluruh negeri.