KDPB Sultan Pahang Berkenan Kurnia Rumah Ru'RASA Kepada 26 Penerima

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mengurniakan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) kepada 26 penerima dari daerah Kuantan dan Rompin masing-masing 12 penerima manakala dua rumah dibina bagi imam dan bilal Masjid Tengku Ampuan Besar Fatimah, Pekan.
Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Ru’RASA telah berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Besar Fatimah, Kampung Padang Polo, Pekan.

Turut mengiringi baginda ialah YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Mr. Ahmed Abdullah Altakawi , Head of Support Services Department, Mr. Idris Osman Ahmed, Senior Communication & Public Diplomacy Officer, Prof. Dato' Dr. Asmadi Mohamed Naim, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.

Inisiatif Ru’RASA ini merupakan tanda kasih dan prihatin KDPB Tuanku Sultan terhadap rakyat yang benar-benar memerlukan kediaman selamat dan selesa selain mengambil kira keperluan petugas masjid.