Pameran Hartanah Setempat Yang Terunggul 2025

Pameran Hartanah Setempat Yang Terunggul 2025 anjuran REHDA Pahang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff di East Coast Mall, Kuantan.

Hadir sama ialah YH Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LPHP, Timbalan Pengerusi REHDA Pahang, Mr. Edwin Ng, Mantan Pengerusi REHDA Pahang, Mr. Wong Kok Loon dan Pengerusi Penganjur MAPEX, Mr. Chin Yun Hsin.

Karnival berlangsung dari 20 hingga 23 November 2025, menawarkan pelbagai projek perumahan menarik untuk pengunjung.