Pahang Terus Perkukuh Usaha Sediakan Kediaman Untuk Rakyat

  • Diterbitkan pada 21/11/2025
  • 94 klik

Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Sanggang serta Pelancaran PR1MA Pahang Pamah Kaseh & PR1MA Pahang Kampung Sempadan dan Pelancaran Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 6 yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Seramai 96 penerima telah mendapat kunci rumah masing-masing di PR1MA Pahang Sanggang, manakala pelancaran projek-projek baharu termasuk 470 unit RRP Fasa 6 dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat dan komuniti setempat.

Pada majlis sama, LPHP turut menyumbang RM4.2 juta kepada Kerajaan Negeri Pahang, sekali gus menyokong pencapaian kutipan hasil negeri yang mencecah RM1 bilion tahun ini.
 

LPHP kekal komited menyediakan lebih banyak rumah mampu dimiliki, selesa dan selamat untuk rakyat Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my