Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang Peringkat Daerah Pekan 2025

Pada hari ini telah berlangsung Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang Peringkat Daerah Pekan 2025 bertempat di Dewan Orang Ramai Batu 8, Lepar, Pekan.
Program ini menjadi platform penting bagi kepimpinan Kerajaan Negeri untuk turun padang bertemu rakyat, mendengar kehendak dan keperluan masyarakat setempat serta menyampaikan bantuan secara terus kepada mereka yang memerlukan.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) selaku agensi kerajaan turut serta dalam program ini dengan membuka reruai, sejajar dengan usaha untuk mendekatkan perkhidmatan dan maklumat kepada orang awam.
Kehadiran LPHP memberi peluang kepada penjawat awam dan masyarakat setempat untuk berinteraksi secara langsung serta mendapatkan panduan mengenai perkhidmatan perumahan dan peluang sedia ada.

Melalui program seperti ini, kerajaan negeri terus menzahirkan komitmen untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memudahkan akses kepada bantuan serta perkhidmatan, sejajar dengan aspirasi Negeri Makmur Pahang Sejahtera.
Sokongan penduduk yang hadir membuktikan sambutan hangat rakyat terhadap inisiatif ini, sekali gus memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat.