54 Penduduk Terima Surat Tawaran PRR Taman Sungai Kemap Indah, Luit Oleh YAB Menteri Besar Pahang

  • Diterbitkan pada 19/11/2025
  • 90 klik

Sesi Penyerahan Surat Tawaran & Cabutan Undi Program Residensi Rakyat (PRR) Taman Sungai Kemap Indah, Luit di Maran hari ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

Program PRR ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kediaman mampu milik yang selesa, berkualiti dan berdaya huni untuk rakyat. Ianya telah dibangunkan oleh KPKT di atas tanah kerajaan seluas 10 ekar dengan 100 unit rumah keseluruhan.

Setakat ini, 54 unit telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk diagihkan kepada rakyat.
 

Manakala, baki 46 unit masih belum diserahkan kerana faktor keselamatan penghuni ekoran kerja pembaikan dan penstabilan cerun sedang dilaksanakan oleh kontraktor dilantik dan dipantau oleh JKR Maran. Rumah hanya akan diserahkan apabila benar-benar selamat diduduki.
 

Kerajaan Pahang sentiasa berusaha memastikan projek ini siap sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat Maran.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my