Kunjung Hormat CIDB Pahang Ke LPHP

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) menerima kunjungan hormat daripada Construction Industry Development Board (CIDB) Pahang yang diketuai En. Nur Iskandar bin Zulkefli, Pengarah CIDB Pahang, diiringi tiga pegawai kanannya iaitu En. Afiq Shazwan bin Mukhtar, Pengurus Bahagian Operasi, En. Umar Abdul Aziz bin Muhammad Radzi, Pengurus Bahagian Pembangunan Industri dan Pn. Nor Fateha Mat Afandi, Penolong Pengurus Unit Akreditasi.

Ketibaan mereka disambut oleh YH Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, bersama barisan pegawai kanan LPHP.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik antara LPHP dan CIDB Pahang, khususnya dalam pembangunan perumahan mampan, pemantapan piawaian pembinaan, serta penambahbaikan latihan dan akreditasi industri pembinaan di negeri Pahang.