Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) DUN Bukit Ibam, Rompin

  • Diterbitkan pada 10/11/2025
  • 90 klik

Tiga buah Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi DUN Bukit Ibam dengan nilai keseluruhan RM225,000 telah disampaikan kepada penerima di Tapak PPRT Kampung Aur, Bukit Ibam, Muadzam Shah.

Kunci rumah telah disampaikan oleh YB. Dato’ Ir. Razali bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Turut hadir ialah wakil-wakil agensi daripada Pejabat Daerah dan Tanah Rompin, Pejabat Pertanian Daerah Rompin, Pejabat Penghulu, Pengerusi JKKK serta wakil pemaju.
 

Tiga penerima itu ialah Encik Zailan bin Abdul Mani, Puan Mazni binti Mohd Aripin dan Encik Zik bin Moin. 

Kesemua mereka merupakan penerima yang layak di bawah kategori miskin dan miskin tegar, selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Pahang untuk memastikan setiap keluarga yang memerlukan mendapat kediaman selesa, selamat dan lebih teratur.
 

Semoga kediaman baharu ini menjadi permulaan kehidupan yang lebih baik dan terjamin buat para penerima dan keluarga.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my