Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 DUN Kerdau, Temerloh

  • Diterbitkan pada 08/11/2025
  • 56 klik

Alhamdulillah, tiga keluarga di DUN Kerdau telah menerima kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) di bawah pelaksanaan Fasa 5 bagi DUN Kerdau di Temerloh.
 

Projek ini melibatkan 42 unit rumah dengan kos keseluruhan bagi Daerah Temerloh sebanyak RM3.15 juta dan setiap rumah bernilai RM75,000, dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Lebih membanggakan, ketiga-tiga rumah ini berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual asal.
 

Kesemua penerima terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar yang disahkan melalui e-Kasih atau Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan selaras syarat kelayakan RRP.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, YH. Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim bersama agensi pelaksana dan wakil kepimpinan setempat.
 

Semoga rumah baharu ini membawa sinar kehidupan yang lebih selesa, lebih terjamin dan lebih bermakna kepada penerima.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my