Majlis Kunjung Hormat Affin Bank Berhad Ke Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP)

  • Diterbitkan pada 04/11/2025
  • 42 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) hari ini menerima kunjung hormat daripada delegasi Affin Bank Berhad sebagai langkah awal ke arah membina kerjasama strategik dalam bidang kewangan dan perumahan rakyat.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan berkaitan skim pembiayaan, inisiatif pemilikan rumah serta peluang kolaborasi masa hadapan untuk memperkukuhkan ekosistem perumahan mampu milik di Negeri Pahang.

LPHP kekal komited meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada rakyat, seiring usaha Kerajaan Negeri menyediakan kediaman selesa, selamat dan berdaya huni untuk semua.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my