Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negeri Pahang Bil. 02/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negeri Pahang Bil. 02/2025 telah berlangsung dengan dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.
Mesyuarat ini menghimpunkan pelbagai agensi teknikal dan pelaksana perumahan bagi membincangkan perkembangan projek serta hala tuju penyediaan kediaman mampu milik untuk rakyat Pahang.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengumpulkan data dan laporan daripada agensi pelaksana Rumah Mampu Milik, mengetengahkan isu-isu perumahan rakyat, serta memastikan usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan rumah mampu milik bukan hanya meningkat dari segi kuantiti, tetapi juga kualiti, keselamatan dan keselesaan rakyat.

Antara agensi yang terlibat ialah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan lain-lain.
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan setiap projek perumahan dibangunkan secara terancang, tersusun dan memberi manfaat kepada rakyat Pahang.