TOWNN HALL Warga Kerja LPHP Buka Ruang Komunikasi

Telah berlangsung Sesi Town Hall Warga Kerja LPHP bersama YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.
Sesi Town Hall ini memfokuskan kepada peningkatan budaya kerja cemerlang dalam kalangan kakitangan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) dalam menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Pahang dalam penyediaan perumahan yang berkualiti, mampu milik dan berdaya huni untuk rakyat.

Town hall ini juga menjadi platform penting sebagai titik pertemuan untuk berinteraksi secara terus agar saling mengenali, berkongsi pandangan, memahami cabaran serta menjelaskan realiti bekerja dalam organisasi yang sedang membangun dan berkembang pesat seperti LPHP.
Diharapkan sesi ini dapat mencapai matlamat untuk menyalurkan semangat baharu kepada semua kakitangan serta menyatukan usaha ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, profesional dan berorientasikan rakyat.