Majlis Kunci PR1MA Pahang Sri Damai dan Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Pandan dan PR1MA Pahang Sungai Soi

  • Diterbitkan pada 08/08/2025
  • 19 klik

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Sri Damai, Kuantan serta Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Pandan dan PR1MA Pahang Sungai Soi, di sini, hari ini.

Projek PR1MA Pahang Sri Damai merupakan pembangunan rumah berkembar yang dibangunkan oleh H.A. Properties Sdn. Bhd., melibatkan pembinaan 196 unit rumah berkembar yang telah siap sepenuhnya serta memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 8 Julai 2025.
 

Sementara itu, PR1MA Pahang Pandan dan PR1MA Pahang Sungai Soi yang turut dilancarkan dalam majlis berkenaan merupakan pembangunan oleh Aman Wijaya Sdn. Bhd. dan Total Prominence Sdn. Bhd.

Projek PR1MA Pahang Pandan melibatkan pembinaan 224 unit rumah berkembar dengan kemajuan kerja kini mencapai 53 peratus, manakala fasa kedua akan melibatkan pembinaan 42 unit rumah berkembar tambahan.
 

Bagi PR1MA Pahang Sungai Soi pula, projek ini bakal menampilkan 110 unit rumah berkembar setingkat yang menawarkan persekitaran tenang dan harmoni untuk warga Kuantan.

Program ini menjadi simbol komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam menyediakan kediaman selesa dan mampu milik kepada rakyat, sejajar dengan agenda di bawah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui penyediaan perumahan berkualiti di seluruh negeri.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my