Kunjungan Hormat Daripada Jabatan Jaringan Industri Penempatan Kerjaya KYP Education Sdn. Bhd, (KESB)

  • Diterbitkan pada 27/10/2025
  • 12 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Jaringan Industri Penempatan Kerjaya KYP Education Sdn. Bhd. (KESB) di Ibu Pejabat LPHP.
 

Kunjungan ini diadakan bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara LPHP dan KESB, khususnya dalam memperluas jaringan industri serta membuka peluang pembangunan modal insan di negeri Pahang.

Pertemuan tersebut turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan peluang penempatan pelajar latihan industri di LPHP, sebagai salah satu inisiatif bagi memperkasa pelajar institusi dengan pengalaman kerja sebenar dalam sektor perumahan dan hartanah.

Melalui sesi ini, kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan serta idea ke arah mewujudkan kolaborasi yang berterusan demi manfaat bersama dan pembangunan tenaga kerja berkualiti di masa hadapan.
 

Kunjungan hormat ini secara tidak langsung mencerminkan komitmen LPHP dalam menyokong pembangunan pendidikan serta memperkukuh hubungan strategik dengan institusi pengajian tinggi di Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my