KDPM Tengku Mahkota Pahang Berkenan Kurnia Kunci Rumah Ru'RASA

Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan pengurniaan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) kepada penerima di Gambang, Kuantan.

Program Ru’RASA merupakan projek titipan kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, yang dilaksanakan melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).
Projek ini bertujuan untuk menyediakan kediaman yang lebih selamat, selesa dan lestari kepada penerima yang layak di negeri Pahang, selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui penyediaan perumahan berkualiti.

Turut hadir menyempurnakan majlis berkenaan ialah YH. Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, YH. Dato' Sharuddin bin Jali, Pegawai Daerah Kuantan, serta YBrs. Dr. Haji Mohd. Syaiful bin Hassan, Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Kuantan.

Penyerahan ini menggambarkan keprihatinan berterusan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang terhadap kesejahteraan rakyat, di samping memperkukuh usaha Kerajaan Negeri dalam memperluas akses perumahan mampu milik dan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat di negeri ini.