Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (JKT) Projek Perumahan LPHP BIL. 03/2025

  • Diterbitkan pada 03/10/2025
  • 16 klik

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (JKT) Projek Perumahan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) Bil. 03/2025 telah dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang, bertempat di Dewan Mesyuarat Utama, Aras 3, Majlis Perbandaran Bentong, Jalan Ketari, 28700 Bentong.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YH Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, serta ketua-ketua agensi yang berkaitan. Perbincangan memfokuskan kepada aspek perancangan, pembangunan dan penyelarasan projek-projek perumahan di Negeri Pahang.

LPHP kekal komited dalam memastikan penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Pahang untuk kesejahteraan rakyat.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my