YAB Menteri Besar Pahang Sampaikan Kunci Rumah Kepada 10 Penerima RRP Dun Jelai

  • Diterbitkan pada 18/10/2025
  • 13 klik

Seramai 10 penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 Tahun 2024 Daerah Lipis bagi DUN Jelai menerima kunci rumah masing-masing sempena Majlis Hari Statistik Negara dan Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Sungai Koyan, hari ini.
 

Hadir menyampaikan kunci RRP ialah oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bersama isteri YABhg. Datin Sri Diraja Dato' Hajah Burhah binti Mohammed.

Turut hadir ialah Dato' Sri Mohd Sharkar Bin Shamsuddin, YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato' Sri Nazri Bin Abu Bakar, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd Razak dan YH. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin, Ketua Perangkawan Negara.

Antara penerima rumah baharu yang diraikan termasuk Encik Akhirzawan bin Mat Amin, Encik Zulkifli bin Mohamad, Encik Amran bin Samah, Encik Amiruddin bin Mat dan beberapa lagi penerima dari kawasan DUN Jelai.

 

Kesemua 10 penerima bakal menduduki kediaman baharu mereka di sekitar Kampung Kuala Medang, Kampung Bertang, dan RTP Sungai Ular.

Program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman percuma yang lebih selesa dan selamat.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my