20 Keluarga Terima Kunci Rumah Rakyat Pahang Di Dun Jengka
Seramai 20 penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 menerima kunci rumah masing-masing pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 Dun Jengka di Tapak Perumahan RRP Rantau Perintis, Bandar Jengka.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Penyelaras DUN Jengka.
Pada majlis itu juga, beliau turut menyampaikan bantuan sumbangan Kerajaan Pahang kepada 15 penghuni rumah PPRT di kawasan yang sama.
Program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa agenda perumahan rakyat, khususnya golongan B40 yang memerlukan kediaman selesa dan selamat.