Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Dun Muadzam Shah, Daerah Rompin

  • Diterbitkan pada 11/07/2025
  • 20 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah menyerahkan Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada dua penerima pada Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang bagi kawasan DUN Muadzam Shah, Rompin, hari ini.

Majlis penyerahan kunci RRP telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah. Turut hadir adalah wakil-wakil jabatan dan pemimpin setempat.

 

Penyerahan ini bukan sahaja menandakan permulaan kehidupan baharu bagi dua keluarga penerima, malah turut diserikan dengan sumbangan barangan elektrik asas bagi melengkapkan kediaman mereka.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam merealisasikan agenda perumahan yang mampan, inklusif dan menyeluruh untuk rakyat.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my