Kunjungan Hormat LPHP ke Pengurusan Pasir Pahang Berhad (PPPB): Perkukuh Kolaborasi Demi Kelestarian Sumber Negeri
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pengurusan Pasir Pahang Berhad (PPPB) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka kerjasama untuk memudah cara perolehan sumber pasir bagi menyokong pembangunan perumahan mampu milik di Negeri Pahang.
Ketibaan YH Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP bersama Eksekutif LPHP, Cik Syamimi Afiqah binti Suhaimi telah disambut oleh YBhg. Lt. Kol. Dato’ Hj. Nor Hashim Bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif PPPB serta pegawai-pegawai kanan syarikat.
Sesi perbincangan memberi fokus kepada perkongsian pandangan dan potensi penyelarasan antara kedua-dua pihak dalam memastikan keperluan sumber bahan binaan asas seperti pasir dapat dipenuhi secara mampan, sistematik dan selaras dengan perancangan pembangunan negeri.
LPHP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan mesra dan komitmen PPPB dalam menjalin sinergi demi kelangsungan projek-projek perumahan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.