Kunjungan Hormat LPHP ke JPN Pahang: Pengisian Kuarters lapuk Demi Manfaat Rakyat
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang bagi membincangkan cadangan pengisian semula kuarters guru yang tidak lagi digunakan untuk dijadikan unit sewaan mampu milik kepada rakyat Pahang.
Delegasi LPHP diketuai oleh Pengurus Perancangan, Strategik dan Pemantauan Projek, Puan Nur Husna Binti Abdul Latif bersama Pengurus Undang-undang, Puan Norzana Binti Mohamed Noordin.
Rombongan LPHP telah disambut oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang, Encik Shahrum Bin Md Saud, serta pegawai-pegawai kanan JPN Pahang. Cadangan ini dilihat sebagai usaha memanfaatkan aset sedia ada secara lebih lestari, sekaligus menyumbang kepada penyediaan kediaman mampu milik bagi golongan sasar di negeri ini. LPHP merakamkan penghargaan atas kesediaan JPN Pahang untuk bekerjasama dan membuka ruang perbincangan ke arah jalinan strategik yang memberi manfaat kepada rakyat.